INFO YANG WAJIB ANDA TAHU BERKAITAN TUMBUHAN STEVIA PENGGANTI GULA ABAD INI
Nama Tempatan:
|
Stevia
|
Nama Saintifik:
|
stevia rebaudiana
|
Nama Lain:
|
Teh manis,sweet leaf of Paraguay, caa-he-éé, kaa jheéé, ca-a-jhei, ca-a-yupi, azucacaa, eira-caa, sinonim: Eupatorium rebaudianum capim doce, erva doce, sweet-herb, honey yerba, honeyleaf, yaa waan, candy leaf, sugarleaf
|
Famili:
|
Astereacea
|
Asal:
|
Paraguay
PENGENALAN KEPADA TUMBUHAN STEVIA
Stevia adalah spesis daripada lebih kurang 240 spesis herba dalam keluarga bunga matahari. Ianya banyak terdapat di kawasan subtropika dan tropika, selatan Amerika dan Amerika tengah.
Spesis stevia rebaudiana bertoni dikenali sebagai daun manis, daun gula dan yang paling senang disebut adalah stevia. Sebagai pemanis atau substitut gula, rasa manisnya tahan lebih lama berbanding gula, walaubagaimanapun ekstrak stevia akan memberi sedikit rasa pahit dalam kepekatan yang tinggi.
Dengan ekstraknya mempunyai rasa manis bermula dari 150 hingga 500 kali ganda mengikut gred dan kepekatannya, ianya sesuai dengan permintaan penduduk dunia hari ini yang memerlukan pemanis atau gula rendah karbohidrat dan kalori sifar.
Kajian perubatan menunjukkan stevia memberi manfaat dalam merawat atau mengawal obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi kerana ia memberi kesan dalam menurunkan kandungan gula dalam darah. Fakta ini amat menarik bagi mereka yang ingin mengawal pengambilan karbohidrat dalam diet mereka.
Stevia telah digunakan secara meluas sebagai pemanis dan makanan tambahan kesihatan di Jepun, Korea, Kanada, dan Amerika. Jepun dan Korea menggunakan telah menggunakan ekstrak stevia lebih dari 30 tahun sebagai pemanis semulajadi dalam minuman berkarbonat, jus buah-buahan, minuman kesihatan dan sukan, yogurt, pencuci mulut dan pudding, snek, gula-gula, coklat, pastry, mee, sos soya, jeruk, dan biskut. Lebih dari 150 kajian perubatan mengesahkan bahawa stevia adalah tidak bertoksik dan selamat untuk kegunaan manusia. Stevia juga digunakan untuk merawat diabetes dan darah tinggi di Jerman dan Jepun.
Stevia juga telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai pemanis semulajadi dan sebagai bahan dalam makanan dan ianya juga telah diterima dan diluluskan oleh lebih 20 negara. kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke asia.Walaubagaimana kajian terhadap stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh yerba yang kelat.Ia mula dikaji oleh seorang ahli botani Paraguay bernama Moises S. Bertoni yang kemudiannya menulis antara artikel-artikel awal mengenai stevia pada awal kurun ke 19. Ciri paling unik mengenai stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori.Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap stevia. Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak toksid.Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel, ia juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan.Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan stevia.Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan. Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus.Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000.Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari.Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan , tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun.Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi. Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia.Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol.steviol didapati tidak menghasilkan glukos. pada tahun 2000 juga, Para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta.Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2. Stevia juga digunakan sebagai tonik untuk jantung.Ia berfungsi dengan cara menstabilkan tekanan darah, ia juga menstabilkan degupan jantung.Kajian tentang ini telah dilakukan pada tahun 1978 terhadap tikus. Kini, berjuta-juta pengguna di Brazil dan jepun telah menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semulajadi.Ia telah diluluskan sebagai perisa makanan selama hampir 20 tahun.Jepun merupakan pengguna yang paling besar didunia dan stevia digunakan untuk memaniskan hampr kesemua produk makanan termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat.Syarikat besar seperto coca cola juga menggunakan ekstrak stevia sebagai gantian kepada NutaSweet dan sakarin untuk produk mereka yang dipasarkan di jepun, brazil dannegara-negara lain dimana stevia merupakan pemanis yang diluluskan. Walaubagaimanapun Di As , stevia merupakan bahan larangan yang tidak boleh digunakan terhadap produk makanan.Ini mungkin kerana monopoli pengeluar pemanis tanpa kalori sintetik yang terdapat di sana. Antara ciri-ciri stevia ialah: 1.pemanis semulajadi 2.menurunkan kadar gula dalam darah. 3.Melawaskan kencing 4.Menurunkan tekanan darah. 5.membunuh bakteria 6.membunuh kulat 7.membunuh virus 8.Mengurangkan keradangan 9.Alat bantu untuk menurunkan berat badan. Dos yang biasa digunakan dan dicadangkan untuk penggunaan stevia ini 1/4 sudu makan daunnya yang telah dihancurkan digunakan untuk menggantikan 1 sudu makan gula biasa.
Steviol glycoside
The steviol glycosides are responsible for the sweet taste of the leaves of the stevia plant (Stevia rebaudiana Bertoni). These compounds range in sweetness from 40 to 300 times sweeter than sucrose.[1] They are heat-stable, pH-stable, and do not ferment.[2] They also do not induce a glycemic response when ingested, making them attractive as natural sweeteners to diabetics and others on carbohydrate-controlled diets.
From Wikipedia, the free encyclopedia
The diterpene known as Steviol is the aglycone of stevia's sweet glycosides, which are constructed by replacing steviol's carboxyl hydrogen atom (at the bottom of the figure) with glucose to form an ester, and replacing the hydroxyl hydrogen (at the top of the figure in the infobox) with combinations of glucose and rhamnose. The two primary compounds, stevioside and rebaudioside A, use only glucose: Stevioside has two linked glucose molecules at the hydroxyl site, whereas rebaudioside A has three, with the middle glucose of the triplet connected to the central steviol structure.
In terms of weight fraction, the four major steviol glycosides found in the stevia plant tissue are:
5–10% stevioside (250–300X of sugar)
2–4% rebaudioside A
1–2% rebaudioside C
½–1% dulcoside A.
Rebaudioside B, D, and E may also be present in minute quantities; however, it is suspected that rebaudioside B is a byproduct of the isolation technique.[2] The two majority compounds stevioside and rebaudioside, primarily responsible for the sweet taste of stevia leaves, were first isolated by two French chemists in 1931.[3]
Kelebihan ekstrak STEVIA1. Mengimbangkan kandungan gula dalam darah 2. Meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh badan 3. Melicin & memutihkan kulit serta awet muda 4. Sebagai pemanis semulajadi sesuai untuk semua golongan lelaki dan perempuan 5. Membantu menurunkan kadar gula dalam darah 6. Membantu menurunkan tekanan darah 7. Membantu sistem penghadaman badan 8. Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia 9. Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan 10. Meningkatkan stamina dan mencergaskan minda Antara ciri-ciri STEVIA ialah : 1. Pemanis semulajadi 2. Menurunkan kadar gula dalam darah 3. Melawaskan kencing 4. Menurunkan tekanan darah 5. Membunuh bakteria 6. Membunuh kulat 7. Membunuh virus 8. Mengurangkan keradangan 9. Membantu menurunkan berat badan |
salam
ReplyDeleteAssalamualaikum slm sejahtera kepada warga group yang ada penyakit kencing manis!!.
ReplyDeleteJom viralkan berita baik ni Bantu kakak2 abang2 kita yg ada kencing manis yg dh bertahun2 bergantung pd ubat tetapi gula tetap tinggi
▪Bantu kwn2 kita, saudara mara,jiran2 smua. Rawat terus kencing manis!
▪Ini 1 penemuan herba utk menurunkan kencing manis yang bacaan gula sangat tinggi.
▪Herba yg di proses menjadi jus untuk pesakit kencing manis menurun kan bcaan gula dengan cepat dan berkesan
▪-Kaki luka bernanah
-Badan letih dan lemah akibat kencing manis
-Paling penting dapat lindungi buah pinggang
-Rasanya yang tidak pahit dan sedap untuk di minum
🗣Jom sama2 kita viral kan, ..kita rawat cara selamat ,cara alami tanpa kandungan bahan kimia yg boleh bgi kesan yang tidak baik.
▪Gula turun dengan cepat selpas hanya dua jam meminum jus herba ni dan rasa tidak pahit
▪Stabil kan gula kembali
▪Ini adalah herba yg sangat sukar dijumpai dn amat berkesan.
▪Mari bantu saudara mara,kwn2,jiran2 dn keluarga kte turun kan kencing manis dengan cepat dan pantas cara selamat 💪🏻
Rasa yang tawar dan tidak pahit
Call & whats app sekarang! Nak tanya je dlu blh jangan malu.
En mohd zuhairi 017 468 7570